Monday, May 23, 2011

SURAT PENGECUALIAN CUKAI DAH DAPAT !!!

Untuk makluman kawan-kawan, surat pengecualian cukai pendapatan yang ditunggu-tunggu dah dapat salinannya. Esok pagi aku akan usahakan pegi ambik kat Bendahari, UKM... Nanti aku akan emailkan salinannya dan hantar kat korang sume untuk dapatkan sponsor sewajarnya..

Terima kasih.

Mohd Noh Md Yunus
Setiausaha Projek

Thursday, May 19, 2011

Masalah Surat Pengecualian Cukai...

Assalamualaikum dan salamat sejahtera,


Semoga semua rakan seperjuangan dikurniai kesihatan dan kekuatan untuk terus mengharungi sisa-sisa semester 6 ini... Sudah tentu program khidmat masyarakat yang dirancang ini memerlukan pengorbanan dan kerjasama serta semangat berpasukan untuk menjayakannya...

Sebagai Setiausaha Projek yang dilantik, saya telah cuba menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin, namun tanpa komitmen dari semua rakan pasukan dirasakan perancangan program ini sedikit hambar... sekalung tahniah kepada rakan-rakan yang sangat komited dari awal perancangan hingga saat ini untuk memastikan program kita berjaya dilaksanakan dengan baik. Namun, seperti biasa istilah 'lembu punya susu, sapi dapat nama' itu berlaku juga dalam kalangan kita ini... rasanya hanya beberapa rakan sahaja yang mengambil berat dan ingin mengetahui apa yang berlaku dari semasa ke semasa...

Berapa ramai yang komited untuk mencari sumbangan dari syarikat dan badan-badan korporat??? Kerana sumbangan amat penting dalam menjayakan program kita ini. Untuk makluman, setelah ditendang sana dan sini maka kita telah berjaya mendapat surat kelulusan rasmi bagi menjayakan program ini. Masalah lain yang timbul ialah untuk mendapatkan surat pengecualian cukai.... setelah ditendang sana dan sini, insyaallah tadi saya telah menghubungi Bendahari UKM dan dijanjikan surat pengecualian cukai akan diperolehi pada hari Isnin minggu depan...

Tetapi dari kalangan anda semua, berapa orang yang peduli apa perlunya surat pengecualian cukai itu nanti... Ayuh! bukalah mata dan ringankan tulang untuk mendapatkan seberapa banyak sumbangan dengan menggunakan surat pengecualian cukai dan surat kelulusan program yang telah diberikan... tidak perlu menunggu surat 'covering' daripada saya atau AJK induk, memadai anda menyediakan sendiri surat yang hendak ditujukan kepada syarikat2 berkaitan dan sekiranya memerlukan contoh 'letter head' sila lah jangan malu2 menghubungi saya...

Sekian, salam hormat.


Mohd Noh Md Yunus

Setiausaha Projek

Tel: 012-3563994

Tuesday, May 17, 2011

Mesyuarat AJK 14/05/2011



Salam semua.


Satu mesyuarat AJK telah diadakan pada 14 Mei 2011 yang lalu bertempat di ruang luar dewan kuliah FSSK. Antara lain membincangkan status persediaan oleh AJK-AJK yang terlibat menjelang kemuncak program yang bakal diadakan pada 11 Jun 2011 itu nanti.

Bagi rakan-rakan Geografi, anda semua diminta mengemaskini status kepada pihak induk agar persediaan berjalan lancar dan setiap masalah dapat diselesaikan bersama.


Dalam pada itu, para AJK yang hadir telah bersetuju untuk menyumbang 'hampers' setiap seorang dalam anggaran harga RM20-RM30 setiap satu. Hampers ini adalah untuk acara Cabutan Bertuah.


Selain daripada itu, untuk baju korperat (F1), kita akan meletakkan nama pada setiap baju dikalangan AJK. Justeru, anda semua diminta untuk menghubungi saudara Khairul (012-3375458) untuk tujuan tersebut - apakah nama yang anda ingin letakkan. Contoh: "Khairul Samad, Nazir Dalimi, dsb...".


Mohon kerjasama daripada semua.

Salam hormat dan terima kasih.

Nazir Dalimi.




Saturday, May 14, 2011

Logo Program (Edit)

Salam semua.



Terdapat sedikit perubahan pada logo program.

Harap maklum.


Nazir Dalimi

Monday, May 9, 2011

MAKLUMAN: Pindaan Tarikh Program Aktif Sihat

Salam sejahtera buat semua.

Saya dengan ini memaklumkan, bahawa tarikh Program Aktif Sihat di Kampung Bumbun, Pulau Carey telah dipinda ke tarikh baru, iaitu pada 11 JUN 2011, bersamaan hari Sabtu.

Pindaan ini telah dibuat setelah mengambil kira beberapa masalah teknikal dan ianya telah mendapat persetujuan Dr. Arif sendiri pada hari ini.

Disamping itu juga, untuk makluman semua, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi - Dato' Saifuddin Abdullah akan merasmikan program tersebut.

Diharap agar rakan-rakan semua dapat menyampaikan makluman ini kepada mereka yang terlibat.

Sekian, harap maklum.


Nazir Dalimi.

Sunday, May 8, 2011

Design Logo Baju F1 atau Baju Korperat























Salam semua.


Untuk design logo baju F1 atau Korperat yang dicadangkan ini, punyai 7 kod kesemuanya. Terdapat 3 design asas: Pertama, khas untuk pelajar Sains Politik sahaja. Kedua, khas untuk pelajar Geografi. Dan ketiga, umum (kedua-dua kursus boleh pakai - rujuk KOD 7). Ada 2 versi, iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.


Sila komen sebelum ianya di hantar printing.


Harap maklum.

Design T-shirt Program Jom Aktif Sihat










Buat rakan-rakan yang dihormati sekalian, sila beri komen anda sebelum design ini dihantar untuk printing. Anda boleh klik setiap baju-baju itu untuk besarkannya.



Harap maklum.

Saturday, May 7, 2011

"PROGRAM JOM AKTIF SIHAT"

Oleh Nazir Dalimi.

"Komuniti Sihat Pemacu Pembangunan Masyarakat Dan Negara."

Begitu moto bagi program yang akan dilaksanakan oleh sekumpulan pelajar tahun 3, PBJJ dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian, UKM, Bangi anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) (HHHP 1123 set II) dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kuala Langat, Selangor. Sebuah program khidmat masyarakat yang memfokus kepada kesedaran kesihatan kepada masyarakat sasar di perkampungan Orang Asli Kampung Bumbun Pulau Carey, Kuala Langat, Selangor pada 28 Mei 2011.

Pada awalnya, lokasi program yang dicadangkan adalah di perkampungan Orang Asli Tanjung Sepat, namun disebabkan oleh masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan, maka kami telah membuat keputusan untuk mengubah lokasi program ke perkampungan Orang Asli, Kampung Bumbun Pulau Carey.



Pada 1 Mei 2011 yang lepas, beberapa orang AJK telah membuat lawatan tapak ke lokasi tersebut untuk meninjau sendiri keadaan persekitaran di tapak program sebagai persediaan awal sebelum ia dilaksanakan kelak. Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan Pulau Carey di sini dan berkenaan dengan masyarakat Orang Asli Kg. Bumbun yang begitu dikenali dengan seni ukiran tangan diperingkat antarabangsa di sini.


Pada waktu ini, persiapan sedang giat dijalankan oleh para pelajar dan mereka yang terlibat dalam program ini. Sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung terus melalui email: noh2my@gmail.com.


Sekian dulu daripada saya dan di bawah ini adalah gambaran lokasi tapak projek yang akan menjadi tempat program tersebut dilaksanakan.


Salam hormat dan terima kasih.