Wednesday, April 20, 2011

Lawatan Tapak dan Taklimat Program

Rakan-rakan yang berkelapangan dijemput untuk mengikuti lawatan tapak dan taklimat ringkas pada 24 April 2011 (ahad) jam 3.00petang. Sila berkumpul di perkarangan Masjid At-Taqwa, Taman Seri, Pekan Banting Kuala Langat. (dekat dengan rumah Khairul). Sekiranya ingin berkonvoi dari Putrajaya, boleh tunggu di Petronas Presint 16,sebelah Alamanda Putrajaya. Nak tumpang exora sayapun boleh. Aturcara ringkas adalah seperti berikut;

2.oo pm : Bertolak ke Banting
3.00 pm : Berkumpul di Masjid At-Taqwa
3.15 pm : Bertolak ke Kampong Orang Asli, Tanjong Sepat
3.45 pm : Sampai di lokasi
- taklimat ringkas oleh Encik Mat Sudin, Ketua Pengarah Projek
4.30 pm: Minum petang dan mesyuarat ringkas unt. 'final' kan Kertas Kerja Projek
5.00 pm: Bertolak balik

Sekian dimaklumkan.

Mohd Noh Md. Yunus
Setiausaha Projek

Selamat Datang ke Dunia Khidmat Masyarakat!

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera.

Kawan-kawan yang dihormati,

Sebagaimana yang anda sedia maklum, pada sesi kuliah Kursus Bulan Sabit Merah HHHP 1123 yang diadakan pada hari 16.4.2011 (sabtu) yang lepas Dr. Mohd Arif Ismail mencadangkan pelajar melaksanakan satu Projek Khidmat Masyarakat sebagai sebahagian daripada kursus berkenaan. Secara umumnya kita semua telah bersetuju untuk melaksanakan projek berkenaan.

Kita juga telah bersetuju untuk melantik Cikgu Mat Sudin sebagai Pengarah Projek dan projek tersebut akan dilaksanakan di Perkampungan Orang Asli, Tanjong Sepat, Kuala Langat Selangor. Pada peringkat awal kumpulan kita adalah melibatkan 21 orang pelajar jurusan Sains Politik tetapi 10 orang rakan-rakan jurusan Geografi mengambil keputusan untuk turut serta dalam projek kita. Ini bermakna, seramai 31 orang pelajar akan terlibat dengan pecahan 16 orang lelaki dan 15 orang perempuan. Kertas cadangan projek sedang diperincikan dan akan dikemukakan kepada Dr. Arif dan UKM dalam tempoh terdekat untuk mendapatkan kelulusan. Begitu juga dengan jawatankuasa kerja awal juga telah dibentuk, tertakluk dengan pindaan.

Untuk makluman kawan-kawan, kita hanya mempunyai masa selama 5 minggu sahaja dari sekarang kerana program tersebut dicadangkan pada 29 Mei 2011 (ahad). Banyak kerja yang perlu dilakukan, di tambah pula dengan desakan untuk menyiapkan assignment-assignment dan tarikh peperiksaan yang hampir tiba.. Cekalkan diri.. (pesanan kepasa diri saya sendiri!).

Marilah kita sama-sama menyumbang tenaga, idea, dan sebagainya secara ikhlas demi menjayakan program kita ini. Kejayaan atau kegagalan projek ini terletak di bahu kita semua.. Ianya mencerminkan diri kita yang sebenar bukan sahaja sebagai seorang pelajar di institusi pengajian tinggi, bahkan sebagai seorang yang sudah bekerja dan matang dalam kehidupan. Aktifkan diri anda! Beri komen dalam laman blog ini, atau emelkan, atau sms dsb.

Sekian, terima kasih dan tahniah di atas penglibatan semua AJK dan kawan-kawan semua.

Mohd Noh Md. Yunus
Setiausaha Projek
012 - 356 3994 /017-212 5390
email: politik2my@gmail.com