Thursday, May 19, 2011

Masalah Surat Pengecualian Cukai...

Assalamualaikum dan salamat sejahtera,


Semoga semua rakan seperjuangan dikurniai kesihatan dan kekuatan untuk terus mengharungi sisa-sisa semester 6 ini... Sudah tentu program khidmat masyarakat yang dirancang ini memerlukan pengorbanan dan kerjasama serta semangat berpasukan untuk menjayakannya...

Sebagai Setiausaha Projek yang dilantik, saya telah cuba menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin, namun tanpa komitmen dari semua rakan pasukan dirasakan perancangan program ini sedikit hambar... sekalung tahniah kepada rakan-rakan yang sangat komited dari awal perancangan hingga saat ini untuk memastikan program kita berjaya dilaksanakan dengan baik. Namun, seperti biasa istilah 'lembu punya susu, sapi dapat nama' itu berlaku juga dalam kalangan kita ini... rasanya hanya beberapa rakan sahaja yang mengambil berat dan ingin mengetahui apa yang berlaku dari semasa ke semasa...

Berapa ramai yang komited untuk mencari sumbangan dari syarikat dan badan-badan korporat??? Kerana sumbangan amat penting dalam menjayakan program kita ini. Untuk makluman, setelah ditendang sana dan sini maka kita telah berjaya mendapat surat kelulusan rasmi bagi menjayakan program ini. Masalah lain yang timbul ialah untuk mendapatkan surat pengecualian cukai.... setelah ditendang sana dan sini, insyaallah tadi saya telah menghubungi Bendahari UKM dan dijanjikan surat pengecualian cukai akan diperolehi pada hari Isnin minggu depan...

Tetapi dari kalangan anda semua, berapa orang yang peduli apa perlunya surat pengecualian cukai itu nanti... Ayuh! bukalah mata dan ringankan tulang untuk mendapatkan seberapa banyak sumbangan dengan menggunakan surat pengecualian cukai dan surat kelulusan program yang telah diberikan... tidak perlu menunggu surat 'covering' daripada saya atau AJK induk, memadai anda menyediakan sendiri surat yang hendak ditujukan kepada syarikat2 berkaitan dan sekiranya memerlukan contoh 'letter head' sila lah jangan malu2 menghubungi saya...

Sekian, salam hormat.


Mohd Noh Md Yunus

Setiausaha Projek

Tel: 012-3563994

No comments:

Post a Comment